Ruang kediaman yang mampu memberikan keselesaan kepada para pelajar. Katil double-deck yang teratur dan ruang bilik yang selesa membolehkan para pelajar bersama-sama saling mengenali antara satu sama lain…
Kelengkapan seperti almari yang mempunyai ciri-ciri keselamatan turut diperuntukkan bagi memudahkan penyimpanan pakaian dan kitab-kitab pengajian para pelajar.
Ruang dapur yang luas dan membolehkan para pelajar menikmati makanan seperti berada dirumah. Laman rumah dan tempat beristirehat para pelajar yang selesa dan menyegarkan disamping ruang untuk beriadah.
Kelas pengajian yang dilengkapi dengan rehal dan kitab-kitab pengajian.
Ruang ampaian pelajar yang luas bagi membolehkan pelajar menjemur pakaian pelajar.
MAFATIHUL ULUM ditubuhkan bertujuan melaksanakan tuntutan ISLAM agar seluruh umat Islam dapat menguasai pembacaan Al Quran dengan betul dan penghafazan yang mantap. Ia merupakan sebuah Madrasah Tahfiz Al-Qur'an yang baru dibuka pada 05/01/2010 yang mampu menampung seramai 26 orang pelajar.Di samping mendidik anak-anak yang masih muda, kami juga menawarkan pengajian bagi golongan dewasa dan ibu bapa pelajar dengan penawaran pakej-pakej pengajian yang berpatutan. →→→
Kami juga bermatlamat melahirkan para huffaz yang mempunyai sifat yang mulia, yang bertakwa kepada ALLAH dan mengikuti Sunnah Nabi Rasullullah S.A.W dalam kehidupan seharian sama ada dari segi zahir dan batin.
“Orang-orang yang menyampaikan risalah Tuhannya (Allah) dan takut hanya kepadaNya tidak kepada lainnya, cukuplah Allah sebagai Pengira segala Amal dan makhluknya.”
( Al-Ahzab:39)
PAKEJ ANAKKU AL-HAFIZ
Sessi Pengajian Sepenuh Masa
Yuran Pendaftaran : RM 200
Yuran Bulanan : RM 300
Masa Pengajian : Sepenuh Masa
Makan : 3x Sehari (Pagi, Tengah Hari, Malam)
Seminggu : 5 ½ Hari
Tempoh Percubaan : 3 Bulan
Sessi Pengajian Separuh Masa (Pagi & Petang)
Yuran Pendaftaran : RM 100
Yuran Bulanan : RM 200
Masa Pengajian : 8.30am - 5.30pm
Makan : 1x Sehari (Tengah Hari)
Seminggu : 5 Hari
Tempoh Percubaan : 4 Bulan
Sessi Pengajian 1 Masa (Pagi / Petang / Malam)
Yuran Pendaftaran : RM 100
Yuran Bulanan : RM 120
Masa Pengajian:-
Pagi : 8.30am - 11.00am (Kelas Tambahan 1/2 Jam)
Petang : 2.30pm - 5.00pm (1/2 Jam Muzakarah)
Malam : 7.00pm - 9.30pm
Makan : Atas Permintaan (Tambahan RM50)
Seminggu : 5 Kali
Tempoh Percubaan : 5 Bulan
*PAKEJ KELUARGA BAHAGIA
Yuran Bulanan : RM 300
Tempoh Pengajian : 2 Jam Persessi
Dalam Seminggu : 1 Kali
Waktu Pengajian : Boleh Dibincangkan
Tempat Pengajian : Di Rumah Anda (Kami akan mengunjungi anda di rumah..)
Bilangan Pelajar : Tiada Limit (Termasuk Ibu Bapa)
Tiada Had Bilangan Pelajar Dalam Keluarga Termasuk Ibu Dan Bapa
*PAKEJ ANAK SOLEH DAN SOLEHAH
Yuran Bulanan : RM 300
Tempoh Pengajian : 1 Jam Persessi
Dalam Seminggu : 2 Kali
Waktu Pengajian : Boleh Dibincangkan
Tempat Pengajian : Di Rumah Anda (Kami akan mengunjungi anda di rumah..)
Bilangan Pelajar : 1 hingga 3 Orang
Tenang Di Dunia , Bahagia Di Akhirat
*Hanya Untuk Kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang Sahaja.